Persatuan Sukan & Kecergasan Labuan

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia... salam perpaduan...........

Persatuan Sukan dan Kecergasan Fizikal Wilayah Persekutuan Labuan (PSKL) telah ditubuhkan pada 29hb April 2004 dan di daftarkan pada 13hb Oktober 2004 mengikut seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

OBJEKTIF DAN MATLAMAT PERSATUAN

Sebagai satu badan Persatuan Sukan dan Kecergasan Fizikal ( PSKL ) , adalah menjadi tanggungjawab Persatuan ini untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan berkonsepkan untuk semua bagi memenuhi objektif sebenar Persatuan ini.

Untuk mencapai tujuan diatas, persatuan ini akan memainkan peranan melalui penganjuran Kursus , Cermah, Seminar, Bengkel, Kegiatan sukan-sukan, Latihan kecergasan, Kejohanan Kecergasan dan rekreasi serta lain-lain aktiviti.



INSTRUKTOR KEBANGSAAN

Persatuan ini juga telah melahirkan 3 orang Instruktor Kebangsaan yang diiktiraf oleh Majlis Kecergasan Kebangsaan ( NFC ) setelah berjaya mengikuti kursus-kursus yang di anjurkan oleh NFC. Di jangka perstuan akan melahirkan lebih ramai instruktor kebangsaan pada masa akan datang.



AKTIVITI-AKTIVITI MINGGUAN PERSATUAN

Aktiviti-aktiviti mingguan persatuan adalah mengadakan sessi senamrobik mingguan pada setiap hari Selasa dan Khamis bertempat d Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan. Aktiviti seperti Lines Dance juga turut diadakan setiap hari Jumaat yang diterajui oleh ahli Persatuan ini sendiri.

Selain daripada aktiviti mingguan, Persatuan ini juga seringkali di jemput oleh agensi-agensi Kerajaan dan badan-badan swasta untuk mengadakan sesi senamrobik.



PENCAPAIAN PERSATUAN SEPANJANG TAHUN 2009

Tahun 2009, PSKL telah mencapai beberapa kejayaan yang cemerlang dan amat dibanggakan. Pada Ogos 2009 persatuan telah menghantar wakil-wakil ke Fiesta Kecergasaan Kebangsaan 2009 dan telah mendapat kejayaan yang cemerlang hampir semua kategori yang dipertandingkan. PSKL juga telah menghantar wakil untuk kategori “ Malaysian Book’s of Records” dengan mengikuti acara aerobikthon. Selain itu, persatuan jua telah di nobatkan sebagai persatuan sukan terbaik seluruh Labuan dan melayakkan PSKL untuk di calonkan sebagai persatuan sukan terbaik seluruh Malaysia dalam Anugerah Sukan Untuk Semua. Terbukti akhirnya kejayaan persatuan apabila di anugerahkan tempat ke-2 bagi persatuan sukan terbaik dalam anugerah sukan untuk semua pada tahun 2009.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Persatuan Sukan & Kecergasan Labuan"

Post a Comment